October 29, 2014

PERJALANAN YANG MASIH JAUH

Assalamualaikum...........

Alhamdulillah....selepas beberapa lama terhenti untuk satu tempoh yang sangattttttttttttttt panjangggggggggggggg, i'm backkkkkkkkkkkkkkk kekonon ke dalam arena penulisan blog. Choiiiii

Seriously, bila pandang ke belakang, tertanya2 dgn diri sendiri, apa yang aku busy sgt sampai tak sempat jenguk blog sendiri? Berwasap tak hengat dunia...FB sampai tak sempat new entries/new feed nak masuk, dah log masuk semula...ater camno. Keroje pon tak hebat mana..mengular jugak (Ya Allah,,ampunkan lah ketidak amanah aku dlm bekerja).

Jawapan nya satu je : Mim Alif Lam Alif Sin

Now, kita padang ke hadapan. Terbentang satu perjalanan yang masih jauh (ayat tak hengat).

I'm back for good...pegang ayat2 ini walau sekadar penyedap mulut. Kadang-kadang memang terlintas nak share macam2...hatta baru 1st time buat agar-agar (bahahahaha). Tapi kalau dah penyakit M datang..tak kemana pon semangat tu.

InsyaAllah, moga dengan kehidupan yang sedikit baru...tahun baru (hijrah)..perubahan kerja..bakal menempuhi saat pertambahan umur dan anak-anak yang semakin besar..dapat luang masa mem'blog'. Not for other people..tp untuk kepuasan diri. Aku punya suka ati nak cerita pasai apa la kannnnn.

Moga azam direalisasikan...(risau sungguh ni).

August 19, 2013

BILA ADA ANAK PEREMPUAN : BERKHATAN

Bismillahhirrahmanirahim

Alhamdulillah.....dah lama tak mencoret, sampai nampak habuk2 di dalam blog seindah biasa ni. Boleh jadi blog sepenuh habuk dah..ahahaha.

Pejam celik, pejam celik, anak dara dah menjengah usia 5 bulan. Alhmdulillah Azra membesar sebagai baby girl yg sihat & membahagiakan mama, papa & abg Aziq :)

So, bila ada anak perempuan ni..byk benda yg aku baru belajar/tahu dan kena belajar/tahu. No..no..no..ia bukan sekadar bila ada anak perempuan, antara ekspresi kita :  'eiiii...cantiknya dress tu...eiii...geramnya tgok baju bby girl ni...comel lah..cantik ni kalau bby pakai and bla bla bla'

So, one of the new-tapi-tak-berapa-new-things yg aku belajar adalah proses berkhatan untuk Azra. Apa yg aku tau, proses berkhatan untuk baby girl perlu dibuat pada usia yg awal atau still baby. Tak sama mcm anak lelaki yg akan berkhatan bila umur dalam 6 tahun. Dari pengalaman kawan2, aku dapat tau yg proses berkhatan utk baby girl boleh buat di klinik swasta yg ada provide the service.

So, since Azra dah cecah usia 5 bulan, aku & En.Suami decide nak 'sunat'kan Azra. Ayat tak hengatttttt :) Klinik pilihan adalah Klinik Dr. Maria. Kenapa klinik ni? Sebab dah selesa dengan perkhidmatan yg diberikan sebelum2 ni untuk Aziq dulu. Tak kisah jauh dari rumah, yg penting kualiti perkhidmatan.

Since proses berkhatan hanya akan dibuat oleh Dr. Maria, kena lah call dulu tanya Dr. Maria ada di branch mana. So, pada hari kejadian, beliau ada di Presint Diplomatik, maka terus kami semua berdesuppppp ke sana selepas sempat pekena Sate Kajang di Warisan :) Charge yg dikenakan adalah RM35..

Time Azra kena panggil., mama dah mula berdebar sbb papa tak bole masuk. Selalu bab2 cucuk, papa akan ada sekali. Dah la mama jenis takut part2 tgok pisau/gunting doktor nih. Bila dah nak 'potong' tu, mama buat2 tgok muka Azra, tapi doktor suruh tgok...arghhhhh....so, gagahkan diri utk tgok gak. Tengok la doktor tu cuci kat tutttt Azra, pas tu, terus....prappppp...siap. Ehhh...mcm tu je ke? cepatnya? alahai keciknya....kahkahkah.....itu reaksi dalam hati aku. Tak seperti yg aku imaginasi kan..So, procedure yg sangat mudah & cepat. Less than 5 minutes. Tu pon Azra meronta2 sket. kalau tak, lagi cepat. Azra nangis pon kejap je..time kena gunting je..lepas tu dah diam. Alhamdulillah, anak perempuan mama dah selesai salah satu perkara yg perlu dilaksanakan tanggungjawabnya oleh mama & papa pada tanggal 17 Ogos 2013 bersamaan 10 Syawal 1434H @ 2.30pm. Lepas ni anak dara mama dah boleh kawen..hehehhe. Arghhhh, masa, jgn cepat berlalu. Tak nak Azra besar...nnt mama akan rindu seperti mana mama rindu sgtttttt dengan abg Aziq sebagai baby dulu..sekarang abg Aziq dah pon besar...huhuhu

Berkhatan bagi bayi perempuan Islam telah diputuskan wajib oleh Muzakarah tetapi ada kelonggaran jika ia mendatangkan mudarat. Untuk maklumat lanjut boleh refer link e-Fatwa.


April 14, 2013

NIKMAT YANG MEMPERDAYAKAN

Assalamualaikum

Td tengok Tanyalah Ustazah di TV9, tajuk menarik --> Nikmat Yang Memperdayakan.

Bila seseorang itu dilimpahi dengan pelbagai nikmat, kesenangan hidup yang berterusan walaupun hidupnya penuh dengan maksiat/dosa maka itulah yang dinamakan nikmat yang memperdayakan atau istidraj. Nauzubillah.


April 13, 2013

HARI TERAKHIR & KALI PERTAMA

Alhamdulillah...

Hari ni 13.4.2013, makanya genap sudah 44 hari berpantang. Yeayyyyyyyy..hip hip hooreeyyyyyy
Rasa hepi ni tak tergambar dek kata2..terasa cam nak lompat bintang tinggi2..itu lah tahap hepi nya aku bila hari ini, hari terakhir berpantang tiba jua. Pas tu ayat standard kuar...kejap je dah 44 hari..sebelum ni rasa macam lambatnya hari nak berlalu..hahhaha.

Gila tak hepi..bayangkan tahap kebosanan yg perlu dilalui. Duduk diam2 dalam rumah (tanpa ambil kira 2 kali aku keluar rumah naik motor pi klinik & kedai), makan berpantang, no sayur kecuali kucai, kecur air liur tengok insan-insan lain makan seenak-enaknya (kala ini ketayap yg tak berapa nak makan pon jadi serupa indulgence cake). Belom lagi tahan sabar tengok adik minum ice blended. Choiiiii betoi, sahaja ja membangkitkan rasa jeles didalam hati.

Cakap kat mak dah last day, selamba mak jawab, hang tu tak serupa orang pantang pon. Stokin entah ke mana, bengkung tak pakai, minum bergelen-gelen, minyak tak bersapu...oppsss & hehehe.

Hari terakhir bersamaam dengan usia Azra 44 hari. Dalam tempoh 44 hari ni, jujurnya, hari ni juga adalah kali pertama aku mandikan Azra. Yang lain semua tok dia yang mandikan :) Bukan tak mau bagi mandi. Aku kan dalam pantang..so, mak cakap tak payah bagi mandi anak lagi..nanti jatuh kang..bentan kang..aku pon ok jerr walaupun dulu masa Aziq, ada beberapa kali aku bg mandi dalam tempoh berpantang. Kali pertama mandikan Azra ni pon sebab mak pi baca Yasin kat kampung sebelah. Kalau tak, memang tak dak lah tajuk kali pertama hari ni. Ahaksss

Well...sepanjang berpantang, dalam menghadapi hari yang terasa sangat panjang dan membosankan, pelbagai agenda telah disusun & to-do list yang akan dibuat selepas berpantang & masuk kerja nanti. Ala-ala azam tahun baru...ada lah tu yang tak terbuat. Macam biasa...urmmm. yang pasti, satu agenda utama iaitu Birthday Party untuk Aziq akan dilaksanakan. Anak bujang mama dah nak masuk 2 tahun uoalsss..

p/s : Esok nak menyambut habis pantang dengan burger paksu & teh ais.. AIS ?????

March 31, 2013

PENGALAMAN BERPANTANG (CARA SENDIRI)

Alhamdulillah...hari ni 31.3.13. Bermakna Azra dan berusia 31 hari dan mama pon dah berpantang 31 hari. Lagi 14 hari ajerrrrr lagi. Tengok angka tu mmg mcm tak lama jerrrr lagi..tp yg melalui nya, 14 hari mcm 14 minggu.

Dah 3 kali berpantang...banyak perbezaan antara pantang kali pertama, kedua dengan ketiga. Pantang kali pertama, berpantang sendirian tanpa anak disisi (Al-Fatihan untuk arwah Afiq). So, tak ada istilah dan slot menyusu badan. Makanya, berpantang pon sangat mantap. Bertungku 2x sehari. Berbengkung setiap hari dan hampir sepanjang masa (konon nak body mantap). Ubat makan tanpa miss. Minyak sentiasa bersapu dan stokin sentiasa di kaki. Makan toksah cakap lah..memang pantang sungguh-sungguh. Maklum, kali pertama, mak pon pantau. Pas tu orang2 tua dok pesan jaga makan, takut nanti kancing gigi, sejuk, bentan dan mcm2 lagi. Naik risau dibuatnya. Paling best, setiap kali lepas makan, cuma boleh minum air segelas aja..air panas plak tu. Adoyaiiiii.

Berpantang kali kedua dengan Aziq disisi. Alhamdulillah, Aziq menyusu badan. Makanya, proses nak bertungku memang terhad (alasan sebernarnya)....mula-mula 2x sehari dengan tempoh bertungku yang agak lama, then, slowly tempoh bertungku semakin berkurang sehingga sesi bertungku jadi 1x sehari saja...dah hujung2 pantang, terus tak bertungku. Berbengkung pon sama, awal2 aja pikir nak badan mantap...lepas tu buat alasan sendiri - menyusu badan boleh mencantikkan badan. Akhirnya, kain bengkung terlipat begitu ajaa :) Stokin pon sama...alasan kata kulit melepuh..haha. Bab makan masih jaga..al maklum, mak yg jaga & masak. TAPI...bab minum air, memang langgar pantang. Alasannya, i menyusu badan, so air kena cukup untu memastikan susu sentiasa ada. Wallahhh...hehe. Selalu minum air bergelas2 dibelakang mak.

Berpantang kali ketiga ni, dengan Azra disisi. Alhamdulillah, proses berpantang berjalan dengan baik. Tak byk beza (tapi masih ada beza) dengan berpantang kali kedua. Berbengkung dgn tempoh yg jauh lebih pendek dari sebelumnya.. Alasan masih sama. Bertungku pon sama cumanya, walaupun sekali sehai, masih lg bertungku sehingga arini dan harap dapat kekal sampai abis tempoh. Maknanya, lebih baik berbanding sebelumnya. Bab minum air dan berstokin masih sama dengan alasan yang sama. TAPI....yang hardcore (utk aku lahh), hari ke-25, aku dah start & naik motor pi kedai dgn alasan nak beli diapers Aziq seolah-olah tak dak makhluk lain kat dlm rumah. Namanya pon alasan...Rasanya, akan mencemar pantang lagi lepas ni sbb nak bawa Azra ke klinik cucuk sebulan. Harap tak dak apa yg jadi. Dalam hardcore, ada gak rasa bimbang kalau2 jd benda yg tak elok kannn.

Bagi aku, berpantang 44 hari ni penting untuk pastikan badan kita especially rahim/internal kita kuat & recover sepenuhnya. Cuma, ada a few pantang larang yg kalau tak munasabah, tak perlu ikut. Contoh : tak boleh minum air banyak. Kalau air dlm badan kurang, logically nya, mcmna bdn kita nak produce susu? Mcmna nk lawas? dah la nak popo time berpantang sgt menyeramkan, pastu tak mimum air, mau sembelit...erkhhhh. Buah2 tak bole mkn sedangkan buah tu sumber vitamin. Aku langgar tapi terhad kepada oren shj dgn alasan baik utk lawas :) Sayur-sayur tak boleh mkn takut angin. Aku tak setuju tp hv no choice since mak yg sediakan mknan. i follow aja...

Apa yang penting...tepuk dada tanya selera. Dalam memberi pelbagai alasan, ia perlu logik. Sbb kadang2, nak jadi cerita, ada benar/logik sesuatu pantang larang tu.

March 26, 2013

1.3.13

Alhamdulillah...........

Dah selamat bersalin. Wahhh, baby ni kaya dengan angka 3 : deliver pada 1.3.13 @ 3 am dengan berat 3.38 kg..anak ketiga. Lepas bersalin duduk dekat katil no.13, bilik no.3...dan Alhamdulillah, dapat gegirl!!!! yeayyyy, dah sepasang..syukur..syukur...

Apa pun, syukur alhamdulillah sbb Allah permudahkan segalanya walaupun penuh dengan dugaan, cabaran, suka, duka sepanjang tempoh pregnant. Betul lah, Allah bagi dugaan sebab Allah tahu kita mampu atasinya dan Allah nak kita lebih dekat Dia.

Jujurnya, pregnancy kali ni, perasaan takut utk deliver memang sgt kuat. Semakin bertambah usia kandungan dan semakin hampir tempoh bersalin, rasa takut tu semakin kuat. Tak sama rasanya masa mengandungkan Aziq. Nak kata sebab dugaan yang datang, aku tak layan sangat semua tu. Memang sedih, menangis tapi bila aura positif datang, semua tu mcm angin lalu je...datang & pergi. Setiap kali lepas solat, mesti nangis punya. Seolah-olah mcm something akan terjadi time deliver nanti. Nauzubillah.Tapi, syukur Alhamdulillah sekali lagi sebab semuanya berjalan lancar dan mudah.

Secara rasminya, pada 1.3.13, aku dah bergelar mama kepada 3 orang anak (rindu pada arwah Afiq setiap saat). Moga Allah beri kekuatan untuk aku membesar dan mendidik anak-anak hingga menjadi hamba Allah dan umat Rasulullah yang beriman dan soleh/solehah. Betul bagai dikata, setiap dugaan yang Allah beri, akan ada kemanisan kelak.

December 28, 2012

URI BAWAH RAHIM

Assalamualaikum

Dah lama tak update..konon bz..kononnnnn

Just wanna share pasal my pregnancy..my 3rd pregnancy..

Last monday, buat check up..kena minum air gula + scan + review ujian darah.

Minum air gula or MGTT - Alhamdulillah ok
Review ujian darah - confirm hb rendah atas faktor mengandung
Scan - tak ok sbb doc detect uri kat bawah

Bila doc ckp uri kat bawah, still rasa normal sbb biasa dgr & biasanya uri akan naik selari dengan usia kandungan (mine that time was 28th week). Tp slowly rasa takut bila doc ckp by scan nampak mcm uri kat bawah under stage 3 yang mana kemungkinan utk naik agak rendah. Masalah uri bawah rahim effectnya adalah pada si emak. Dushhhhh....rasa sgt down that time..nak nangis tp tahan jeeeerr.. Mula la sesi soal jawab dgn doc...paling diingat adalah..chances utk bersalin normal agak tipis..makanya kena ceaser. Ohhhh..ok..takutttttt..tp kalau itu yang mampu selamatkan nyawa baby, mama rela walaupun nyawa mama terancam. Bermula dari kejadian masa 1st pregnancy, hati mula rasa sensitif dgn setiap masalah yang ada kaitan dgn kandungan. Rasa kesian pada baby...rasa bersalah..semua bercampur baur. Then, doc refer pada hospital & nnt kena follow up check up kat hospital 15 Januari @ 32th week.

Call mak directly after the check up..mak cakap uri bawah tu perkara biasa. InsyaAllah akan naik balik. Amin...rasa lega sikit..

Google artikel pasal masalah uri di bawah rahim..antara yg dijumpai :

Sekiranya uri anda masih di bawah selepas kandungan 28 minggu, tidak banyak yang anda boleh buat untuk menaikkannya. ke atas. Rawatan pula bergantung kepada tahap PP tersebut, sama ada ia menutup keseluruhan laluan bayi (pintu rahim) atau separuh sahaja. Tahap keseriusan dibahagikan kepada empat jenis iaitu uri berada di kedudukan bawah tanpa menutup pintu rahim, uri berada di bahagian rahim dan di pintu rahim, uri menutupi sebahagian pintu rahim dan uri menutup keseluruhan pintu rahim.


Apa yang membimbangkan mengenai PP ini, komplikasi yang boleh timbul pada bayi dan ibu. Komplikasi pada bayi adalah seperti pendarahan yang banyak pada ibu. Ini boleh meningkatkan kadar morbiditi dan kematian pada bayi dan meningkatkan risiko lahir tidak cukup bulan.
Komplikasi pada ibu pula pendarahan serius yang boleh mengancam nyawa. Pembedahan caesarean, meningkatkan risiko pendarahan selepas bersalin (postpartum haemorrhage) dan meningkatkan risiko uri melekat pada rahim. Keadaan uri melekat pada rahim dikenali sebagai placenta accreta. Dalam keadaan ini uri tidak boleh dipisahkan daripada dinding rahim akibat sebahagian tisu uri telah melekat pada otot-otot rahim. Jika ini berlaku, rahim terpaksa dibuang demi menyelamatkan ibu. 


Bagaimanapun, risiko placenta accreta dalam kalangan ibu yang tidak mempunyai sejarah pembedahan pada rahim hanyalah sekitar lima peratus sahaja.
Apa yang mampu, hanya berdoa dan terus berdoa...masalah datang, pergi dan kembali..tp mama insyaAllah strong enough demi baby :)


October 12, 2012

ALHAMDULILLAH & ASTAGHFIRULLAH

Alhamdulillah & Astaghfirullah.......

Dua-dua kalimah ni kerap bermain di lidah aku sekarang ni (walaupun sebenarnya adalah perlu diucapkan dengan kerap.

Alhamdulillah sebab Aziq dah besar dan ada perkembangan dia yang buat aku & en.suami rasa sgttttttttt bahagia. 

Astaghfirullah juga bila Aziq sgttttttttttttt kuat ragamnya lately. Tak tau lah itu tantrum sebab nak dapat adik atau memang normal bila umur dah naik setahun setengah ni. Tapi memang mencabar kesabaran mama...dahlah penat keja, bw perut..kena plak dihadiahkan dengan amukan tak tentu pasal..uishhhhhhhhh...banyak kali dah kena marah ngan mama. Yes, memang tak elok marah anak, tp seriously mmg tak boleh nak control rasa tak sabar, rasa marah. Salute lah pada yang sgtttttttt sabar hadapi situasi yg sama. Gila tak sedih bila lepas marah, Aziq tak nak dengan mama..dia cari papa dia. Nak nangis..sebenarnya dah nangis pon time masuk bilik air. Berdoa je moga selagi boleh, Allah berikan kesabaran yang tinggi untuk hadapi situasi mencabar ni di hari2 mendatang..insyaAllah :)

Another Alhamdulillah bila kandungan ketiga ni dah cecah 18 minggu. Tadi pi scan doktor kata "by scan, estimated kandungan u dah 19 weeks..its normal lari seminggu mcm tu". Aku angguk je sbb sgt happy since ini scan pertama utk 3rd pregnancy. Teruja sgt tengok jantung, kepala, kaki...siap tanya apa jantina anak. Doc jwb simple je "mesin ni dah uzur, tak nampak"...hahahhaha. Scan di KK, so what do u expect? tak pa, nnt pi detailed scan kat private ehhhh.

Apa yang utama, kandungan ni sihat. Hati agak risau since ada pengalaman IUD, history of GDM, HB rendah & rasa kali ni ngandung badan sgt letih wpun dok cakap aku gagah perkasa..choiiiiiiiiiiiii :( 

Moga Allah permudahkan perjalanan anak kecil dalam perut mama untuk lahir kedunia sebagai teman mama, papa & Abang Aziq nnt :)




October 5, 2012

SUSU FORMULA : ALTERNATIF KEPADA ALTERNATIF


Assalamualaikum............

Dah berhabuk, bersawang, berlumut semua ada blog Hdiup Seindah Biasa ni....huhuhu. Last post about 6 mnths ago.


My lil caliph, Aziq alhamdulillah akan cecah 1 tahun 5 bulan this coming Sunday. Seriously, masa berlalu sgt pantas. Aziq dah besar..dah pandai buat macam2 & pandai mengamuk juga which is buatkan mama dia pon sama mengamuk, kerap marah & pastu meroyan blame diri sendiri..huhuhuhu. Apa pon, Allah tahu sayangnya mama pada Aziq :) dan paling penting, Aziq akan jadi ABANG next year, insyaAllah :)

Ok..back to  story...Susu Formula (SF) : Alternatif kepada alternatif? Apa lah kebendanya ehhh. Aziq start minum SF since umur hampir 8 bulan dan waktu tu, susu ibu masih utama. SF hanya consume kat taska je. SF ni adalah alternatif kepada susu badan walaupun ia bukan lah alternatif yg bagus. In fact, tak ada alternatif lain pon utk susu ibu...huhuhu. Ini kegagalan daripada kemalasan seorang wanita bergelar mama. Sangat kecewa dengan diri sendiri.

Bila Aziq nak diberi SF, tak ada susu lain yg aku pilih melainkan susu Anmum (sorry, ini bukan advertorial post atau nak nak ampu syarikat susu tu...hahahha). Kenapa Anmum? Sbb satu je...sebab susu tu tak ada gula tambahan (iklan guna Wardina sgt memberi influence okeyyyy)..Alhamdulillah Aziq boleh minum susu Anmun wpun at first dia reject sbb dah biasa minum susu badan.

Lebih kurang sebulan lepas, teacher kat taska bgtau Aziq kerap poo-poo & kuar darah. Gila cemas time tu & terus bw gi Hospital Putrajaya. Doktor check & alhamdulillah katanya tak ada apa2. Maybe darah sbb kerap poo-poo & luka. Ok, kurang sket cemasnya...tp malam tu & hari2 yang seterusnya, Aziq kerap sgt poo-poo tak mcm sebelum2 ni. Husband mula cuak & ckp sbb susu kot...KOTTTTTT...kott pada husband adalah IYE @ YES @ CONFIRM. Ok...then husband ckp try lah tukar susu lain. Ini memang aku tak suka since aku tak suka bertukar2 benda selain tak tau Aziq boleh ke terima susu lain @ mcmna dengan susu tu sendiri, gula tinggi ke? kandungan nutrisi ok ke? Even masa mula2 decide bg susu Anmum pon kandungan nutrisi ke laut tak tau apa2, tp bila dah lama consume susu tu, haruslah mamanya tau kelebihan susu tu kannnn.

Memandangkan hati risau sbb kekerapan Aziq poo-poo, maka aku turutkan lah nasihat husband. Ada 2 jenis susu alternatif utk menggantikan Anmun dicuba. Aziq boleh minum & tak ada rejection. Semua bedal :p Tapi. apa yang aku perasan, susu alternatif tu, kalau buka & lupa tutup bekasnya, siaplah semut dtg. Tak macam Anmun...tak ada plak semut. Dari situ dah nampak perbezaannya. Nak jadikan cerita, ada satu kali tu Aziq agak susah poo-poo (sembelit kottt). Apa lagi...aku refuse & paksa husband ckp nak tukar balik kepada Anmum. Alhamdulillah, husband setuju sbb dia tak sggup tgok anak kesayangan dia nangis time poo-poo (padahal sekali je kott) ..

So, akhirnya, kembali kepada Anmum & mamanya sgt happy :) Ini bermakna, proses percubaan susu alternatif lain hanya uk tempoh sebulan aja...Teacher kat taska ckp Aziq mungkin kerap poo-poo sbb dia makan sgt byk kat taska. Ooooo, no wonder lah kat rumah dia tak berapa nak makan. Dah makan byk kat taska ehhhhhh..

Okey...ini hanya lah cerita diri aku sendiri. Apa pon, susu ibu adalah yang terbaik. dan aku adalah antara penyokong utama kepada Breastfeed. Kegagalan aku tunaikan tuntutan dlm menyusukan anak sehingga umur 2 tahun berpunca dari sifat MALAS..malas nak buat stok, malas mengepam. Tahniah pada kengkawan & mama2 yang lain di seluruh dunia yang melengkapkan tempoh penyusuan badan. Aku tabik spring pada uoalsss. Insya Allah utk anak yg akan deliver next year, aku akan pastikan tuntutan tu tercapai sepenuhnya. Kenapa tuntutan ehhh..sbb perkara ini ada dinyatakan dalam al-Quran.

p/s : kot2 orang dr syrikat Anmun bc, untung2 leh dpt stok setahun kot..hahahahha

April 20, 2012

MENGHITUNG HARI UNTK MEI YANG INDAH

Alhamdulillah.............syukur atas segala rahmat yang Allah berikan.

Sangat teruja sekarang ni dalam menghitung hari & tak sabar tunggu bulan Mei & of cos tarikh keramat 7 Mei 2012. InsyaAllah pada tarikh tu, my lil caliph Aziq akan genap setahun (yeayyyy...leh tiup lilin sebatang) & untuk aku dan en.suami, genap setahun  menjalankan kewajipan sebagai parents kepada Aziq. Not to mention setahun menjadi parents sebab realitinya aku dan en.suami dah hampir 2 tahun menjadi parents, bermula dari detik aku lahirkan arwah Afiq (sungguh mama rindu pada Afiq sayang...al-Fatihah).

Perancangan? No, aku tak terfikir pon nak buat birthday party yg ala-ala ada theme. Malas & mungkin sebab no money no talk. Hahahaha.....


InsyaAllah, kalau diizinkan Allah, ada rezeki & masa, cadangnya nak buat kenduri kesyukuran dalam bulan Mei. Kenduri yang ala-ala macam-macam ada...itu lah majlis utk birthday Aziq, birthday papa Aziq, birthday tokwan Aziq, doa selamat masuk rumah baru (akhirnya....), tahlil untuk arwah Afiq (arghhhh...setiap kali sebut nama arwah Afiq, airmata mula lah....) & aqiqah Aziq n mamanya .hahahaha..dah tua baru nak beraqiqah..ye lah, dulu parents tak mampu..sekarang, dah baligh ni (dah jadi bini n mak orang pon), haruslah tanggungjawab tu jatuh atas diri sendiri kan. Semua ni insyaAllah & menjadi perancangan utama bagi tahun 2012 & soooooo excited dalam menghitung hari :)

Dalam meniti usia 11 bulan ni, Aziq memberi pelbagai rasa, momen, kenangan, pengalaman kepada aku dan suami. Indah, cemas, sedih, sayang, rindu, geram (bila peluk rasa mcm nak peluk kuat-kuat), termasuk gak marah..hehehhe..ni sebab mama dia garang kot. Papa dia maintain...sayang & rindu anak lebih dari mama nya..huhuhu. Nak cerita pasal developments Aziq, rasanya sama je macam baby lain..merangkak udah, makan pon udah (Alhamdulillah, 90% yg Aziq makan adalah homemade & dr air tangan mama/papa---> papa pon pernah masak okeyyy), merabat sana-sini, mulut dah pandai kuar mcm2 bunyi termasuk mama & papa walaupon yg jelas adalah ujung ma & pa (ooohhhhh...sungguh indah), pandai ngamuk kalau kacau (huhuhu..ikut perangai mama ke papa ni?)...itu aje lah kot..sama je mcm baby lain..tak dak yg lebih atau luar biasa. Kot ada lebih, alhamdulillah, kot kurang pon alhamdulillah...terima rezeki Allah seada & seikhlasnya. Ohhh ya, Aziq belom berjalan lagi. Kata tok nya, ikut mama dia setahun lebih baru jalan. Tak pa lah, no problem with that since itu normal kan..Apa yang mampu mama & papa doa, moga Aziq akan jadi anak yang berilmu, rajin & tak tinggal solat, rajin baca & hafal al-Quran, teguh iman & menjadi pejuang agama Islam kelak...amin & insyaAllah. Ingat,,,doa ibu itu mustajab..sentiasa berdoa pada Allah :)

Kesayangan mama & papa :)


Sebagai mama jugak, sangat teruja dengan semua benda yang pertama kali Aziq buat/alami like tumbuh gigi , makan solid food, minum air through sipping bottle, tumbuh gigi even first time mandi kolam. hahahah...semua nak direkod or amik gambar...obses sungguh ngan anak sendiri..harussssssss :)

Ini semua sangat normal & perlu dirasa oleh semua mama/mak/umi/ibu or apa saja panggilannya. Sungguh tak dapat imagine apa perassan sebenarnya org2 yang dah ngandung 9 bulan pas tu separuh nyawa beranak then buang anak tu...nauzubillah.

Moganya...hari ini, esok & seterusnya , Aziq & adik-adik (insyaAllah kalau ada rezeki) akan membahagiakan mama dan papa hingga hujung nyawa masing-masing...sayang semuanya :)